Tuesday 27 December 2011

Info

Ada tiga yang mengikuti orang yang meninggal, tetapi dua kembali dan hanya satu yang tinggal bersama-sama dengan dia. Ia diikuti oleh keluarga, harta dan amalan, tetaoi keluarga dan harta kembali dan yang tinggal hanya amalannya.
- Bukhari

CUEPACS INFO

Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
Hasil perbincangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama CUEPACS pada
Khamis, 23 Disember 2011, dimaklumkan bahawa tarikh pelanjutan opsyen SBPA
adalah hingga 15 Januari 2012 sementara opsyen persaraan paksa ke 60 tahun
kekal 30 Disember 2011.

Monday 19 December 2011

Info

Ditanya orang kepada Rasulullah s.a.w.' "Bilakah doa yang paling diperkenankan?"Jawab baginda, "Separuh malam yang kedua dan sesudah solat-solat yang diwajibkan".
-At-Tarmizi

Tuesday 13 December 2011

CUEPACS INFO

'ADU CUEPACS JIKA TAK PUAS HATI'

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
2011/12/10



KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta 15,400 penjawat awam yang mencatat prestasi rendah tetapi mendakwa berlaku penganiayaan akibat proses penilaian tidak adil atau gagal mematuhi sistem ditetapkan, segera memfailkan aduan kepada kesatuan itu.

Ini berikutan CUEPACS diberi mandat mengemukakan aduan itu secara langsung kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, hasil perbincangan malam kelmarin di antara Presiden kesatuan itu, Datuk Omar Osman dan Abu Bakar. Omar berkata, JPA akan diberi maklumat setiap aduan terperinci dan CUEPACS pula memantau rapi perkembangan semua kes bagi memastikannya benar-benar disiasat serta diambil tindakan sewajarnya. Tegasnya, CUEPACS memandang serius perkara itu kerana menerima banyak aduan penjawat awam yang tidak berpuas hati dan mendakwa wujud elemen pilih kasih dan ketidaktelusan. Ini termasuk dakwaan tidak dipanggil bersemuka oleh penilai serta tidak dimaklumkan markah mereka yang mencetuskan tanda tanya. Keluhan itu diterima pada sesi dialog dan perjumpaan dengan ahli peringkat umbi di serata pelusuk negara.

Ada penjawat awam mendapat markah 69 peratus mendakwa digertak boleh mendapat akibat seperti disekat peluang kenaikan pangkat atau gaji jika mempertikaikan hasil penilaian diperoleh.

Walaupun belum kritikal, isu ini tidak boleh terlepas pandang. Ia mesti ditangani segera bagi mengelakkannya kian serius sehingga jadi masalah besar yang menggugat integriti dan mengakibatkan kakitangan awam hilang kepercayaan terhadap penilai, atau lebih buruk lagi mencetuskan pertelingkahan antara kedua-dua pihak, katanya'adu

CUEPACS INFO

14 Disember 2011

TELITI TAWARAN SBPA

Utusan Malaysia
14/12/2011



IPOH 13 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggulangi gesaan supaya kakitangan awam tidak terburu-buru menandatangani surat tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu perlu bagi memastikan kakitangan awam tidak teraniaya dengan tawaran SBPA.
"Kalau kakitangan awam terima surat tawaran SBPA dalam tempoh terdekat ini, mereka perlu membaca dengan teliti dalam tempoh dua minggu sebelum membuat keputusan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Penerangan SBPA di Dewan Bandaran Ipoh di sini hari ini.
Omar berkata, jika ada ketua jabatan yang membuat ugutan terhadap kakitangan awam utnuk memaksa mereka menandatangani tawaran SBPS, mereka boleh membuat aduan kepada CUEPACS.
Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara akan diberikan tempoh dua minggu bermula 15 Disember ini untuk berfikir sebelum menandatangani tawaran SBPA.

Monday 12 December 2011

Info

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidaklah (wajib) zakat pada harta seseorang sebelum satu tahun dimilikinya.
-Darqutni

Thursday 8 December 2011

Info

TERKINI!


Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)


http://www.jpa.gov.my/umum/index.html


sila upload untuk maklumat lanjut.

Wednesday 7 December 2011

Info

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiga doa paling mustajab yang tidak ada keraguan lagi baginya, iaitu doa orang dianiaya, doa orang musafir atau dalam perjalanan dan doa ibu bapa ke atas anaknya.
-Tirmizi

CUEPACS INFO

08 Disember 2011

PENJAWAT AWAM TETAP DIUTAMAKAN DALAM SBPA

Bernama
8/12/2011


PUTRAJAYA 7 Dis. – Penjawat awam tetap akan diutamakan untuk mengisi jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan termasuk Kumpulan Premier, walaupun terdapat dasar membenarkan “orang luar” mengisi jawatan tersebut dalam skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan mula dikuatkuasakan Januari depan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, penilaian akan dibuat terhadap penjawat awam yang layak mengisi kekosongan itu terlebih dahulu dan calon luar hanya akan dipertimbangkan sekiranya tiada calon dari kalangan penjawat awam yang layak untuk memegang jawatan itu.
“Penjawat awam jangan risau tentang perkara ini, sebab ini hanyalah persediaan. Kalau kita tak sediakan peruntukan ini sekarang dan kalau keperluan timbul nanti, waktu itulah baru kita nak buat pindaan dan sebagainya tentulah tak elok.
Setiap skim yang kita laksanakan bukan saja untuk mengatasi masalah sedia ada tapi juga melihat kemungkinan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa dalam skim baharu ini, jawatan premier perkhidmatan awam, peringkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.
Bagaimanapun, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membantah dasar tersebut, mengatakan ia seperti menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu.
Abu Bakar berkata, bakat dari luar itu turut perlu melalui proses sepertimana pegawai dalaman termasuk saringan dan penilaian oleh satu panel yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Audit Negara.
“Jadi dia akan dinilai keupayaannya dari segi pengetahuan peraturan-peraturan perkhidmatan, kewangan, pengauditan dan sebagainya yang bermakna dia perlu cekap tentang urusan pentadbiran kerajaan dan dicampur dengan keupayaan dan pengalamannya berkhidmat di luar perkhidmatan awam barulah diberi pertimbangan,” katanya.
Setakat ini tiada kuota spesifik ditetapkan untuk pengambilan tersebut, namun menjangka keperluannya tidak akan melebihi 20 peratus daripada jumlah jawatan yang ada, katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, untuk urusan spesifik jangka pendek, seperti untuk menyertai kumpulan perundingan kedudukan negara dalam ekonomi, mereka yang tidak berada dalam perkhidmatan awam boleh diambil bekerja secara kontrak.
Dalam pada itu, Abu Bakar berkata SBPA bukanlah bertujuan untuk mengurangkan penjawat awam, tetapi bagi memastikan tenaga kerja dalam sektor awam itu dapat dikawal mengikut keperluan.
Beliau berkata, tahun ini sehingga hari ini sahaja sejumlah 29,000 jawatan dalam perkhidmatan awam dimansuhkan dalam usaha tadbir urus perkhidmatan awam yang lebih baik.
“Sebagai contoh, dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah, kita mengambil 7,000 anggota polis yang selama ini berkhidmat di ibu pejabat dan balai, dipindahkan membuat kerja kawalan keselamatan awam dan tempat mereka ini digantikan dengan 4,200 penjawat awam dari agensi kerajaan lain,” katanya. – BERNAMA

CUEPACS INFO

04 Disember 2011

1.4 JUTA NIKMATI FAEDAH

Utusan Malaysia
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my
3/12/2011




TEMERLOH 3 Dis. - Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam bakal menikmati pelbagai faedah dan insentif menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan mulai tahun depan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman) berkata, skim baharu itu akan menyaksikan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.
Menurutnya, berbanding Skim Saraan Malaysia (SSM), penjawat awam yang dilantik selepas 1991 diwajibkan berkhidmat sehingga berusia 58 tahun, tetapi dalam SBPA pula syarat itu dimansuhkan yang mana semua penjawat awam boleh membuat pencen pilihan masing-masing.
"Sebelum ini kakitangan awam yang mula berkhidmat sebelum 1991 sahaja diberi kelonggaran memilih untuk bersara sama ada pada usia 56 atau 58 tahun, manakala perkhidmatan selepas 1991 diwajibkan berkhidmat dan bersara pada usia 58 tahun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Pahang Bersama CUEPACS di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh di sini, hari ini.
Omar memberitahu, prospek perjawatan turut membuka ruang kepada penjawat awam untuk kenaikan pangkat tanpa menunggu kekosongan jawatan.
Menurutnya, mereka perlu memenuhi beberapa kriteria seperti prestasi kerja efisien dan aktif dalam tugas yang diamanahkan.
Katanya, selain menikmati gaji baharu, cara bekerja turut berubah dan perubahan itu selari dengan kehendak semasa sebagai pelaksana dasar kerajaan.
"Penyelarasan baharu ini membuktikan kerajaan prihatin terhadap kebajikan penjawat awam sekali gus satu transformasi perkhidmatan awam di negara ini," katanya.

Thursday 1 December 2011

Info

Dan (ingatlah berita) Zunnun (Yunus) ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia mengira bahawa Kami tidak akan berkuasa terhadapnya, maka dia berdoa di dalam gelap gelita ( di dalam perut ikan),"Sesungguhnya tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau; sesungguhnya aku adalah daripada orang yang aniaya". Maka Kami memperkenankan dan Kami menyelamatkannya daripada kesulitan. Dan demikianlah Kami menyelamatkan orang- orang mukmin.
-Surah Al-Ambiyaa' 21:87-88

Wednesday 30 November 2011

Info

Berkata Aisyah r.a.: Telah menyuruh Rasulullah s.a.w. kepada kita supaya kita menyembelih akikah untuk anak lelaki dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing.
-Tarmizi dan Idnu Majah

JPA

http://www.jpa.gov.my

Tuesday 29 November 2011

Info

Jangan kamu sebut-sebut akan orang-orang yang telah mati itu, melainkan dengan kebajikan (sebut yang baik sahaja).
-An Nasa'i

Info

MAHKAMAH: KESATUAN SEKERJA ADA IMUNITI, TIDAK BOLEH DISAMAN

Malaysia Insider
November 24, 2011 


KUALA LUMPUR, 24 Nov ― Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan kesatuan sekerja menikmati imuniti mutlak daripada disaman di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Hakim Datuk V T Singham berkata Seksyen 22(1) akta itu memberikan perlindungan kepada kesatuan sekerja daripada mana-mana saman yang difailkan di mahkamah, malahan jika pun, wakil kesatuan telah memfitnah pihak satu lagi(majikan).
“Mungkin sudah tiba masanya bagi penggubal undang-undang untuk menimbangkan secara serius sama ada perbuatan fitnah tort, jika dilakukan oleh atau mewakili pihak kesatuan sekerja dan malahan jika ia dilakukan ketika sedang dipertimbangkan atau pelanjutan pertikaian sekerja, patut diberikan perlindungan imuniti seperti di bawah Seksyen 21 dan Seksyen 22 akta itu,” katanya.
Hakim Singham juga berkata adalah sangat jelas di bawah seksyen itu bahawa mahkamah tidak sepatutnya melayani sebarang saman terhadap kesatuan sekerja.
Oleh yang demikian, beliau menolak saman fitnah yang dikemukakan oleh Malayan Banking Bhd (Maybank) terhadap Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan setiausaha agungnya J Sandagran Solomon.
Hakim Singham membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan NUBE untuk membatalkan saman itu atas alasan mereka mempunyai imuniti mutlak sebagai kesatuan sekerja mengikut Seksyen 22(1) akta itu, lapor Bernama Online.
Beliau juga memerintahkan Maybank membayar RM15,000 sebagai kos kepada para defendan.
Maybank memfailkan saman itu pada 22 April tahun ini, mendakwa Solomon, bertindak mewakili dirinya sendiri dan NUBE, pada Februari atau Mac tahun ini telah menerbitkan artikel mengandungi kenyataan berbaur fitnah mengenai syarikat itu dalam laman web NUBE.
Ia mendakwa kenyataan itu bermaksud plaintif telah menjalankan hal ehwalnya secara tidak amanah dengan mahu menggunakan dananya untuk manfaat pengurusan kanannya sahaja dengan meminggirkan pekerjanya.
Para defendan menyatakan kenyataan itu berkaitan dengan pertikaian yang sedang berlaku di antara plaintif dan NUBE berhubung dakwaan pemberian bonus yang kurang kepada staf peringkat bawahan syarikat itu.
Mereka berkata pertikaian itu telah berlarutan sejak 2009 dan berterusan sehingga sekarang.

Monday 28 November 2011

Info

Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang halal yang amat dibenci Allah s.w.t. ialah TALAK.
-Abu Daud & Ibnu Majah

Info

CUEPACS HARAP PERKHIDMATAN KAKITANGAN KONTRAK DILANJUTKAN

Bernama
23/11/2011



KANGAR, 22 Nov (Bernama) -- Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap hampir 20,000 penjawat awam berstatus kontrak yang bakal tamat tempoh perkhidmatan mereka akhir tahun ini diberi peluang meneruskan perkhidmatan mereka.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata kebanyakan mereka yang berkhidmat dengan badan berkanun negeri dan Persekutuan serta Pihak Berkuasa Tempatan itu akan menghadapi kesukaran jika perkhidmatan mereka tidak dilanjutkan.

"Kami simpati dengan kakitangan yang berstatus kontrak terutama di saat menghampiri 31 Dis ini," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu stesen radio PerlisFm di sini Selasa.

Beliau berkata kebanyakan kakitangan terbabit masih berupaya menyumbang tenaga dan perkhidmatan mereka dan sewajarnya tenaga kerja mereka terus digunakan.

Omar berkata 1.3 juta penjawat awam bakal mengalami perkara baru dalam perkhidmatan mereka termasuk Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) dan lanjutan umur persaraan.

-- BERNAMA

Thursday 24 November 2011

Info

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
-Surah An-Nur 24:37

Wednesday 23 November 2011

Mesyuarat AJK

Tarikh: 25 November 2011
Masa: 3 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Wilayah Tengah
Semua AJK dijemput hadir. Kehadiran anda adalah diwajibkan.
Sekian, terima kasih.
sumber: Naib Setiausaha

Gambar Sekitar Majlis Korban Wisma Sawit 2011

Alhamdulillah, Majlis ini telah selesai dijalankan oleh warga Wisma Sawit serta kaum keluarga. 
Semoga Allah S.A.W akan memurahkan rezeki pada masa akan datang kepada sahabat- sahabat
yang telah mengambil bahagian...Amin!

Info

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa..."
-Surah Al-Hujuraat 49:12

Tuesday 22 November 2011

Info

CUEPACS SASAR TIADA PENJAWAT AWAM KENA TINDAKAN TATATERTIB MULAI 2012

Bernama
21 November, 2011 15:47 PM 

SUNGAI PETANI, 21 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyasarkan tiada lagi penjawat awam yang terlibat dengan tindakan tatatertib mulai 2012, kata presidennya Datuk Omar Osman.

"Kita tidak mahu pada 2012 seorang pun penjawat awam kena tindakan tatatertib," katanya kepada pemberita selepas Program Taklimat Isu Semasa dan Taklimat Insurans 1Kasih, Perkembangan Skim Gaji Baru (SBPA), Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) dan Permohonan Umur Persaraan 60 tahun di Dewan Mini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini pada Isnin.

Beliau menyarankan penjawat awam supaya bersiap sedia melakukan transformasi sikap ke arah yang lebih positif selaras dengan insentif yang diberi oleh kerajaan kepada mereka menjelang 2012.

Omar berkata penjawat awam wajar membuat perubahan daripada segi pemikiran dan sahsiah diri agar dapat mengelakkan sikap pentingkan diri sekaligus mampu memberi sumbangan kepada negara.

"Kita harus fikirkan apa sumbangan kita kepada majikan dan negara sebab penjawat awam banyak dapat manfaat daripada kerajaan," katanya.

Omar berkata penjawat awam perlu memainkan peranan yang besar dalam melaksanakan tugas supaya objektif untuk mencapai kecemerlangan tercapai.

"Semua jabatan ada objektif tidak kira pada peringkat negeri mahupun persekutuan semuanya ada misi untuk cemerlang, jadi sebagai staf kita perlu mainkan peranan," katanya.

Berkenaan dengan PROSPEK, Omar berkata ia dapat membuka peluang yang cerah kepada penjawat awam mendapat kenaikan pangkat berdasarkan kepada kriteria senioriti.

Katanya menerusi PROSPEK, penjawat awam yang mendapat prestasi kerja cemerlang, berpengalaman dan memiliki potensi diri yang istimewa akan diutamakan dalam pemilihan kenaikan pangkat.

"Sebelum ini hanya berdasarkan kepada peperiksaan PTK semata-mata iaitu siapa lulus aras empat akan dapat naik pangkat tetapi tidak pasti lagi dengan keupayaan bekerja. Jadi dengan PROSPEK ini kenaikan pangkat akan diambil kira dari segi senioriti, pengalaman dan sumbangan kepada majikan," katanya.

-- BERNAMA

Borang KEAHLIAN/ADUAN/CADANGAN/USUL

Borang-borang ini boleh diperolehi daripada Setiausaha/ N. Setiausaha/ Ketua Biro Penerangan.

Hadis

Daripada Abu Musa Al-Asy'ari r.a:
Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, siapa diantara kaum muslimin yang paling afdal?" Beliau bersabda, " Orang yang dapat memelihara tangan dan lidahnya."
-Bukhari dan Muslim


Senarai Ahli Wilayah Tengah Terkini..

BIL WISMA SAWIT 
 1 SHAMSURI BIN MAAMIN
 2 SYED AHMAD TARMIZI BIN SYED MOHAMAD
 3 MAZRIAN BT MUSA
 4 ZAINAL ABIDIN BIN ARIS
 5 NORILAH BT BAHAROM
 6 TAN GIN CHENG
 7 HARIZON BT MAT ISA
 8 SUAH YOON HEE
 9 DJOELIAR BT ALI AMRAN
 10 HAINDUN BT MD YUSSOFF
 11 NORMIDA BT ABU BAKAR
 12 ISKANDAR SHAH BIN MUSTAFFA
 13 RAHIMAH BT TAMBI
 14 AZIZ B HUSSAIN
 15 HARISAH BT HAMID
 16 KAMARUDZZAMAN BIN MOHD YUSOF
 17 SITI HAWA BT AHMAD
 18 LOO YUEN MEY
 19 SITI ISHAH BT HASHIM
 20 AZHAR BIN ABDULLAH
 21 ANNUM BT KAMARUDDIN
 22 ABDUL WAHAB BIN SALAM
 23 BAKRI BIN HUSSEIN
 24 ABD RAHMAN BIN RAHMAT
 25 ROSMAH BT SAHIR
 26 ZAINON BT BASRAN
 27 AHMAD FADZIL BIN ABD RAUF
 28 RAHIMAH BT MION
 29 LAILAWATI BT MEON
 30 JAMILAH BT MIHAT
 31 NORIZAH BT ISMADI
 32 FARIDAH BT OSMAN
 33 JARIAH BT MD JIDIN
 34 MAHAMAD RODZI BIN ABDUL GHANI
 35 AHMAD SAGHIR BIN BAHARAN
 36 NAIMAH LAILI BT ABD LATIF
 37 MAT PIAH BIN AWANG CHIK
 38 NORHANITA BT ABU BAKAR
 39 HAMDANI BIN BASIRAN
 40 NORMALA BT TINGGAL
 41 ZAMRI BIN MOHD SALLEH
 42 MOHD JUSOH BIN HJ RUKAWI
 43 MOHD HALID BIN MOHD DOM
 44 HASNI BIN MUHAMMAD
 45 SITI ZURAIDAH BINTI MUHAMMAD TOHAR
 46 ZAITON BINTI ABDUL AZIZ
 47 ZALIFAH BT ALIAS
 48 KAMAR NOR AINI BT KAMARULZAMAN
 49 ERAWAN BIN ADON
 50 MEGAT SAMSULBAHRY MEGAT SHARIFUDIN
 51 SHAMSINAR BT SHAMSUDDIN
 52 NURUL HUFAIDAH BT SHARIF
 53 NOOR SOFI BT SAHMAN
 54 SHAHARZALINA BT AZIZ
 55 ZURIDAH BINTI ABDUL TALIB
 56 NORAFIDAH BT MOHAMAD RAPIEE
 57 NORHANANI BT MOHD BAHARIM
 58 NORAFIDAH BT ABDUL MUTALIB
 59 AMIR BIN OTHMAN
 60 ZURAIHAN BINTI SHARUDIN
 61 KHAIRUL ANUAR BIN TUKIMAN
 62 MOHD NOOR HELMY B ABD KADIR
 63 MOHD YUSOF BIN YUNUS
 64 MOHD HAFIZ BIN HAMDAN
 65 KHAIRIL FAIS BIN AMAT JOHARI
 66 MOHD AZLAN BIN MOHAMED NOH
 67 NORAZMI BIN H.A NUMAIRI
 68 NORMAWATI BT HASSAN
 69 MOHD ZIN BIN LALALODIN
 70 ZAINI BIN SAMSUDIN
 71 NORMA BT OMAR
 72 MOHD AMRAN BIN ABD SAMAD

BIL UKM
1 MASHURI B BAKRI
2 MAHZAN B MISNI
3 CHE MAIDIN BIN AB RAHMAN
4 MOHD JUBER BIN OTHMAN
5 MOHD ROSTAM BIN TAM
6 AHMAD ARIFIN BIN ABD KARIM
7 AMINULRASHID BIN MOHAMED @ IBRAHIM
8 HAFEZ BIN ABD SHUKOR
9 MOHD SUMARDI BIN ISMAIL MAHADI
10MAHMUD SYAHRIZAN BIN IDRIS


 BIL SEREMBAN
1 MOHD YUSSOF BIN MOHD HANIFF
2 MOHD HAFIZ BIN JAHARI
3 SHAHARUDIN BIN SALLEH
4 MOHD IZAM BIN ABDUL AZIZ
5 KALAIVANI BALASUPRAMANIAM
6 TN HJ ZAINAL BIN OSMAN

BIL TELUK INTAN
1 JALALUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
2 ROBIAIDAH BT ALANG PIN
3 ZAILAN BIN MOHAMAD
4 ABDOR RAOFF BIN MARZUKI
5 JAMAAYAH BT NADZRI
6 JALALUDDIN BIN ABDUL GHAFAR MISNAH
7 MOHD JAMIL B BAKRI
8 MOHD MABRUR BIN HJ MOHD HOJI ALI
9 MOHD JASNI BIN HJ MOHD SATAR
10 MOHD SHAHDAN BIN ABAS
11 MUHAMMAD HADI BIN LAWARIN
12 MUHAMMAD IZWAN BIN SOID
13 NAHROWI B JAMIAN
14 NAZRI BIN CHE RI
15 NORAINI BT GUPAR
16 NORMA LEENA BT BAHARI
17 ROSNAH BT BAKIR
18 SITI SHAMSIAH BT LUKMAN
19 SUZANA BT MOHD SHEK
20 TAZARUDDIN BIN OSMAN.

BIL BUTTERWORTH
1 AHAMAD ZURAIMI B AB SATAR
2 AZIZAH BT AHMAD
3 BUZARIN B JUNID
4 HASNUROL BIN JALIL
5 JAMALIAH BT SHAARI
6 LYE KWANG MENG
7 MOHAMAD SHARULZARIN BIN MOHD NOR
8 MOHD AZRAAI BIN MOHD ARIFFIN
9 MOHD EFENDI BIN MAT DAUD
10 MOHD NOOR AZAM BIN AYUB
11 MOHD ZAINI B MOHD ARIFFIN
12 NOOR AZIZAN  BT RAMLI
13 NORA BT MOHD YUNUS
14 NORFADILAH BT ABDUL MUTALIB
15 NORHAFIZAH BT KHALID
16 ROSLEE B IDRIS
17 ROZAIMAN B AHMAD
18 SEROJA BINTI ABU BAKAR
19 SHAVAMMABEE BT HUSSAIN
20 SUBRI BIN ISMAIL
21 WAN MOHAMED SABRI BIN WAN LONG
22 ZAKARIA B SHARI

 BIL IBU PEJABAT
1 ESTHER LEELA A/P AMIRTHAM
2 NORAZAH BINTI IDRIS
3 ISKANDARSHAH BIN HAMZAH
4 ROSMIDI BIN MISWAN
5 RAHIMI BIN OMAR
6 ZAIMI B IBRAHIM
7 AZIZ MISKALI
8 MOHD RAFEE BIN ABDUL GHAFAR
9 ADAM BIN AKI
10 NORHIDAYAH BT YAHYA
11 MOHAMAD REZSAI B DIN
12 SAADIAH BTE MUSA
13 MOHD NAJIB BIN ANAS
14 MUHAMMAD AFIF BIN RUSLI
15 MOHD KAMAL BIN MAT JUSOH
16 RAZUAN BIN MAHPOT
17 AHMAD FAIRUS B OTHMAN
18 KHAIRUL ANUAR BIN AHMAD
19 GHOMAH BINTI AB GHANI
20 SULAIMAN BIN SARMADI
21 SITI MAHANI BT SHEIKH OSMAN
22 AZMAN BIN HAMBALI

BIL PORT KLANG
1 KHAIRUL AZWAN BIN SAPUAN
2 MOHD SHOKREE BIN MOHAMAD
3 MOHD AINUDDIN BIN MAJID
4 NORHASHIMAH BINTI YUSOF

Monday 21 November 2011

LAMAN BLOG CUEPACS


http://cuepacs.blogspot.com/
                                                   

Waktu Solat TERKINI

http://www.waktusolat.net/

Solatlah Anda Sebelum Anda Disolatkan!.....

VISI & MISI

VISI
Sebagai sebuah entiti yang sah disisi undang- undang sebagai organisasi yang memperjuangkan hak-hak dan kepentingan kakitangan kumpulan sokongan dalam LMSM secara harmonis, berkualiti dan produktiviti seiring dengan perkembangan industri sawit negara.

MISI
Menjadikan ahli-ahli kesatuan yang berdaya maju, berakhlak tinggi, berintergriti dan juga berilmu.

NO. TEL/FAKS. BARISAN JAWATANKUASA TERTINGGI CAWANGAN WILAYAH TENGAH SESI 2011-2013

      
     En. Mohd. Shokree Bin Mohamad
     No. Tel: 03-31674923
     No. Faks: 03-31678073

     

    En. Ahmad Fadzil Bin Abd. Rauf
    No. Tel: 03-78022858
    No. Faks: 03- 78061485




Cik. Zaiton Bt. Abdul Aziz
No. Tel: 03-78022984
No. Faks: 03-78061485




Cik. Zalifah Bt. Alias
No. Tel: 03-78022837
No. Faks: 03-78035051
 Logo
http://www.mpob.gov.my
TERKINI...!!!!!
Majlis Bersama Jabatan 2011
Tarikh: 23 November 2011
Tempat: Ibupejabat MPOB Bangi.


Ketua- Ketua Biro KKAM Sesi 2011 - 2013

Ketua Biro Penerangan 
En. Erawan Bin Adon
No. Tel: 03-78022969

   Ketua Biro Kebajikan
En. Muhd. Jusoh Bin Hj. Rukawi
No. Tel: 03-78022883


 Ketua Biro Protokol
En. Shamsuri Bin Ma'amin
No. Tel: 03-78022986

  Ketua Biro Operasi
En. Kamarudzzaman Bin Mohd Yusof
No. Tel: 03-78022896