Tuesday 27 March 2012

info foto

Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri  di PICC pada 8 Mac 2012            Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri  di PICC pada 8 Mac 2012

Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di PICC pada 8 Mac 2012


info CUEPACS

25 Mac 2012

CUEPACS MAHU NAMA ANGGOTA SURUHANJAYA DIUMUMKAN SEBELUM 31 MAC

Bernama
25/3/2012|

KOTA BAHARU, 25 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengumumkan individu yang akan menganggotai suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara ini selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kongres itu mendapat banyak pertanyaan daripada anggota gabungannya yang mahu mengetahui individu yang akan dilantik menganggotai suruhanjaya itu.

"Kita mahu tahu siapa pengerusi suruhanjaya dan siapa lagi di pihak kerajaan yang berada dalam suruhanjaya itu kerana sehingga kini kita tidak mendapat sebarang maklumat.

"Sebab itu kita berharap kerajaan dapat mengumumkan nama-nama anggota suruhanjaya ini selewat-lewatnya sebelum 31 Mac ini," katanya kepada pemberita selepas seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam serta Taklimat Penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia di sini, hari ini.

Seminar itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas.

Najib juga turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pelaksanaan semula SSM yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Mengulas perkara itu, Omar berkata Cuepacs juga telah bersetuju untuk meletakkan sembilan pegawainya menganggotai suruhanjaya berkenaan yang mampu memberikan cadangan dan pendapat bagi penambahbaikan penjawat awam itu.

"Cuepacs harap penubuhan suruhanjaya ini dapat dilakukan segera dan esok akan diadakan mesyuarat penambahbaikan SSM ini dan jawatankuasa mesyuarat itu akan membuat laporan kepada pihak kerajaan selepas itu," katanya.

Omar berkata draf pekeliling mengenai SSM yang ditambah baik itu akan diteliti di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara secepat mungkin.

"Kita tidak mahu timbul lagi masalah seperti yang berlaku dalam SBPA sehingga ada penjawat awam yang tidak tahu menahu langsung dan ini yang akan kita pastikan tidak akan berlaku," katanya.

Beliau berkata Kelantan adalah negeri yang pertama diberikan taklimat oleh Cuepacs berhubung penambahbaikan SSM itu sebelum ke seluruh negara secara berperingkat.

-- BERNAMA

info CUEPACS

KERAJAN MAMPU TAMPUNG KENAIKAN GAJI 1.4JUTA PENJAWAT AWAM

Utusan Malaysia
25/03/2012 1:47pm
Oleh YULPISMAN ASLI


KOTA BHARU 25 Mac - Kerajaan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung kenaikan gaji 1.4 juta penjawat awam berikutan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) antara lain melibatkan pelarasan gaji sehingga 13 peratus.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penambahbaikan SSM membuktikan keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam yang merupakan kumpulan terpenting sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan.
"Ia melibatkan kos, implikasi kewangan yang tinggi, tetapi kita mampu menampung bukan sahaja kenaikan gaji, tetapi juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kosnya kira-kira RM2.6 bilion, kerana hasil meningkat dan peningkatan hasil itu dipulangkan kepada rakyat," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam dan Taklimat Penambahbaikan SSM anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Kelantan di Dewan Utama Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini. - UTUSAN

info CUEPACS

24 Mac 2012

CUEPACS GESA JPA KELUAR PEKELILING

Berita Harian
2012/03/24


NILAI: CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling berhubung pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan depan.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tetapi pihaknya masih menunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.
“Selagi pekeliling belum keluar, semua agensi tidak boleh membuat kiraan gaji untuk membayar dan kita pekeliling itu mesti selesai hujung bulan ini,” katanya selepas menyampaikan wacana bertajuk ‘Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)’ di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, semalam.

Pada 8 Mac lalu, Najib mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan SSM yang ditambah baik dengan pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

Omar berkata, jika JPA lewat mengeluarkan pekeliling itu, ia akan menyukarkan jabatan dan agensi kerajaan membuat kiraan gaji baru, selain perlu membayar tunggakan gaji lebih tinggi pada masa depan.

Mengulas penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara yang turut diumumkan Perdana Menteri, Omar berkata, ia perlu disegerakan memandangkan pihaknya sudah bersedia dengan kertas kerja daripada 23 kesatuan sekerja bernaung di bawah CUEPACS. –BERNAMA

info CUEPACS

23 Mac 2012

CUEPACS MAHU JPA KELUARKAN SEGERA PEKELILING PELARASAN GAJI

Bernama
23/3/2012

NILAI, 23 Mac (Bernama) -- Cuepacs menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.

"Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wacana bertajuk "Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam" pada Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA di sini hari ini.

Pada 8 Mac lepas , Najib mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan SSM yang ditambah baik dengan pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

Omar berkata jika JPA lambat mengeluarkan pekeliling itu, ia akan menyukarkan jabatan dan agensi kerajaan membuat kiraan gaji baru selain perlu membayar tunggakan gaji yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Mengenai penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia yang turut diumumkan Perdana Menteri, Omar berkata ia perlu disegerakan memandangkan pihaknya sudah bersedia dengan kertas kerja dari 23 kesatuan sekerja yang bernaung di bawah Cuepacs.

"Kita sudah ada semua kertas kerja dan memorandum yang diberikan kepada kita dari 23 agensi termasuk tentera dan polis. Kita sedang menunggu penubuhan suruhanjaya itu sahaja, kita mahu tahu siapa pengerusinya dan kita mahu dalam bulan ini ia sudah terbentuk.

"Jadi kita minta pejabat Ketua Setiausaha Negara mempercepatkan penubuhan suruhanjaya tersebut sebelum 31 Mac ini sebab April depan kita mahu bersidang," katanya.

Omar berkata Cuepacs berharap perbincangan bersama suruhanjaya itu dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan dan satu skim baru dapat diperkenalkan bagi menggantikan SSM yang kini hanya bersifat sementara.

Program Sumbangsaran Intelektual IPTA tersebut dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas IPTA dengan kerjasama Cuepacs bertujuan menambah baik sistem tadbir urus IPTA selain mengukuhkan jaringan kerjasama dalam kalangan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas IPTA.

Sebanyak 20 IPTA menghantar perwakilan persatuan dan kumpulan pegawai tadbir masing-masing pada program yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia di sini.

Pada majlis itu Omar menerima memorandum daripada Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas IPTA yang mengandungi saranan dan penambahbaikan skim perkhidmatan Kumpulan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas seluruh IPTA.
-- BERNAMA

info KKAM Wilayah Tengah

MINIT MESYUARAT PRA MAJLIS BERSAMA JABATAN BIL. 1/2012


                        TARIKH            :        12 Mac 2012 (Isnin)
                        MASA            :        2.30 petang

                        TEMPAT           :        Bilik Mesyuarat Pentadbiran

                                                         Aras 3, Ibu Pejabat MPOB

     


HADIR :

En. Mohamad Nor Abdul Rahman
-
Pengerusi
Pn. Yuslinda Binti Hj. Yusof
-
Bendahari Persatuan K/tangan P&P
En. Ahamad Bin Hasanar
-
Presiden Kesatuan K/tangan AM MPOB
En. Maliki Bin Omar
-
Naib Presiden Kesatuan K/tangan AM MPOB
En. Mazlan Bin Aziz
-
Setiausaha Kesatuan K/tangan AM MPOB
En. Mamat Bin Awang
-
Naib Bendahari Kesatuan K/tangan AM MPOB
En. Mohd Shokree Mohamad
-
Wakil Kesatuan K/tangan Caw. Tengah
En. A. Rahman Bin Yusof
-
Wakil Kesatuan K/tangan Caw. Selatan
Pn. Anita Binti Taib   
-
Urusetia MBJ/Pencatat Minit

TIDAK HADIR  (DENGAN MAAF) :

Dr. Miskandar Bin Mat Sahri
-
  Yang Dipertua Persatuan K/tangan Kump. P&P
Dr. Melina Ong Binti Abdllah
-
  Setiausaha Persatuan K/tangan Kump. P&P
Tn. Hj. Abd. Rahman Mohd Fauzan
-
  Bendahari Kesatuan K/tangan AM MPOB

 



1.                    Ucapan Pengerusi

Bahawa Pengerusi mengalu-alukan kehadiran  semua  ahli mesyuarat dan mesyuarat ini diadakan bagi melicinkan lagi perjalanan mesyuarat MBJ yang bakal diadakan pada  bulan Mac 2012.


2.                    Usul-Usul Yang Dibincangkan :-

Bil.
Cadangan
Diputuskan
1.




Memperluaskan fungsi kad pesara  MPOB contoh bagi perubatan di klinik panel, percutian kelolaan jabatan, diskaun di Palm Shoppe MPOB, pembelian anak benih, baja dan lain-lain.

Ditangguhkan   sehingga penyediaan kad pesara selesai.
2.

Memanjangkan kemudahan percutian MPOB untuk pesara MPOB dan keluarga pada hari bukan cuti umum.

Ditangguhkan   sehingga penyediaan kad pesara selesai.
3.




Menyelesaikan pemberian anjakan gaji kepada baki 79 orang anggota yang sudah lulus PTK dan tersenarai layak tetapi belum menerimanya.

Tunggu penjelasan dari pihak JPA sehubungan dengan pembatalan SBPA dan tindakan lanjut akan dibuat selaras dengan keputusan tersebut.
4.

Memohon bajet tahunan bagi membiayai aktiviti kesatuan pusat.
Dipersetujui  supaya  pihak kesatuan mengemukakan pemohonan   untuk pertimbangan dan kelulusan.
5.

Premix jalan sekitar makmal, stor baja serta kantin MPOB Kluang.
Disyorkan dimaklumkan kepada Pengurus Stesen supaya memohon melalui peruntukan bajet mengurus tahunan.
6.





Semak dasar pembelian kenderaan kepada lebih berhubung muatan penumpang daripada mengutamakan ruang luas bagi mengangkut barangan walaupun Toyota Comerail lebih murah dari Toyota Fortuner.
Diambil maklum pembelian kenderaan MPOB melalui Jawatankuasa Kecil Pengurusan dan Penyelenggaraan Kenderaan MPOB yang akan menyemak dan menentukan jenis-jenis kenderaan yang sesuai untuk keperluan tersebut.

7.



MPOB mengkaji sistem web sediaada samada ianya mencukupi atau perlu diperbesarkan.
Diambil maklum Bahagian TMKK sedang  berusaha untuk menilai dan     melaksanakan  penambahbaikan.

8.
Kakitangan MPOB dari Semenanjung yang diarahkan pindah ke Sabah/ Sarawak pada masa ini diarahkan untuk mengurus sendiri Visa Pekerja.  Visa Pekerja ini diberi berdasarkan yearly basis memandangkan tempoh perpindahan tidak ditentukan oleh pihak pengurusan MPOB  kerana perlu memperbaharui Visa tersebut setiap tahun.  Ini lebih menyulitkan lagi kakitangan yang terlibat.  Contoh di Kementerian Pendidikan Visa Pekerja kakitangan yang berpindah ke Sabah/ Sarawak diuruskan oleh pihak pengurusan.

Urusan visa ini sesama Malaysia dan bukanlah satu kesukaran yang besar dan tidak melibatkan ramai anggota maka prosedur semasa adalah terpakai

9.
Mewujudkan cuti separuh hari    (halfday).  Ini bertujuan supaya kakitangan yang perlu menyelesaikan tugas/ keperluan dalam masa yang pendek dapat mengambil cuti separuh hari.  Kebiasaan yang diamalkan, hanya meminta kelulusan pegawai atasan langsung untuk keluar menguruskan hal peribadi tanpa menolak cuti rehat (bagi keperluan 1 hingga 4 jam).  Kelulusan yang dipohon dari pegawai atasan langsung hanyalah secara ‘Verbal’. Dikhuatiri jika apa-apa kemalangan berlaku pada masa tersebut, kelulusan secara verbal tidak terpakai.

Pelaksanaan cuti separuh hari boleh dilaksanakan mengikut keperluan di peringkat Bahagian/ Unit/ Stesyen yang terlibat. Ianya lebih kepada kesesuaian pelaksanaan di peringkat tersebut sahaja.

10.
Senario Pengurusan Pihak Koperasi Mercantile terhadap ahli yang telah memohon berhenti menjadi ahli dan memohon pembayaran balik wang ahli tidak termasuk saham.
Syarikat telah digulung dan tidak wujud lagi. Oleh itu, sekiranya ada kakitangan MPOB yang terlibat ia dianggap urusan peribadi.

11.
Berkenaan dengan perbekalan pakaian seragam kepada kakitangn yang layak dan penyerahan pakaian seragam tersebut dibuat secara seragam. Pada masa kini pebekalan dan penyerahan pakaian seragam dilakukan sehingga bulan Oktober 2011 di mana sepatutnya diserahkanya selewat-lewatnya pada bulan April setiap tahun. Kadar yang ditetapkan adalah sebanyak RM 150.00 untk sepasang baju  lengan panjang/ pendek dan termasuk seluar panjang dan sepasang kasut kadar ditetapkan RM130.00 di mana tidak mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 6 Tahun 2011 di mana kadar yang ditetapkan RM100.00 bagi baju lengan panjang/ pendek dan sehelai seluar panjang Rm130.00 dan sepasang kasut kulit RM150.00 (Rujuk Kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil 6 Tahun 2011 bagi peratuan dan kadar bekalan pakaian seragam .
Peruntukan yang telah ditetapkan adalah sebanyak RM450.00

Baju batik tidak dapat diberi kerana masalah harga yang tinggi dan urusan yang sukar untuk dilakukan.

Berkaitan dengan cadangan pihak kesatuan supaya pemandu yang membawa VIP diberi baju berbentuk bush jacket, percubaan akan dilakukan semasa PAC ini.








           
3.                    Hal-hal Lain

Bahawa cadangan kesatuan untuk mengadakan Mesyuarat Bersama Stesyen (MBS) boleh dilaksanakan mengikut keperluan seperti apa yang diamalkan sekarang. Pada masa yang sama semasa mesyuarat MBS pihak kesatuan adalah diminta untuk tidak menyentuh perkara dasar serta perkara-perkara yang berkaitan arahan-arahan dan Pekeliling Kerajaan yang terpakai dari masa ke semasa.
                 

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.


pindaan- Perkara 3, hal-hal lain:


 Pihak wakil kesatuan Cawangan Tengah memohon diadakan mesyuarat majlis bersama stesen (MBS) bagi menyelesaikan isu-isu diperingkat Bahagian/pejabat di Wisma Sawit/Wilayah/Stesen Utara dan Tuan Pengerusi minta pihak kesatuan Cawangan Tengah memohon secara bertulis untuk mengadakan mesyuarat tersebut dengan mencadangkan senarai nama Jawatankuasa MBS serta isu/usul yang akan dibentangkan

Wednesday 14 March 2012

Info

Mesyuarat Pra Majlis Bersama Jabatan Bil. 1/2012.


Tarikh   : 12 Mac 2012 ( Isnin)
Masa    : 2.30petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat Pentadbiran,
              Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran,
              Ibu Pejabat MPOB.


Mesyuarat  Majlis Bersama Jabatan Bil. 1/2012.



Tarikh   : 28 Mac 2012 ( Rabu)
Masa    : 9.30pagi.
Tempat : Bilik Mesyuarat Lembaga,
              Bangunan Pentadbiran,
              Ibu Pejabat MPOB.

Monday 5 March 2012

Info

Sehubungan dengan perhimpunan di PICC pada 8 Mac 2012 ini. pihak KKAM Wilayah Tengah akan menghantar seramai 15 orang wakil ke perhimpunan tersebut. Kepada ahli-ahli yang berminat diharap dapat menghantar nama tuan puan kepada En. Erawan Adon (013-6600069) selewat-lewatnya pada 7 Mac 2012. Senarai nama adalah tertakluk kepada yang mendaftar awal, harap maklum. Sekian, terima kasih.

-Setiausaha  KKAM Wilayah Tengah-

info CUEPACS

04 Mac 2012

PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI AKAN DIADAKAN PADA 8 MAC 2012


Media Cuepacs
2/3/2012


Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)


Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak