Tuesday 28 February 2012

info CUEPACS

24 Februari 2012

NAJIB BAKAL BUAT PENGUMUMAN YANG ADIL DAN SAKSAMA BAGI PENJAWAT AWAM

Bernama
24/2/2012



PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan 45 minit dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.

Omar berkata Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.

"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.

Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan.

-- BERNAMA

info CUEPACS

PM BUAT KEPUTUSAN ADIL DALAM MASA TERDEKAT

Utusan Malaysia
24/2/2012




PUTRAJAYA 23 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan satu keputusan yang adil dan saksama untuk semua penjawat awam dalam tempoh terdekat.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, keputusan tersebut melibatkan keseluruhan penjawat awam serta soal soal pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
''Kita tunggu (sama ada ia menggembirakan atau tidak). Kita belum tahu keputusan itu tetapi telah diberi gambaran dan kita rasa ia merupakan gambaran yang jelas dan baik.
''Tidak kira apa jua pengumuman itu, kita menghormati keputusan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan selama 45 minit dengan Najib di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Selain Perdana Menteri, pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan sembilan pemimpin tertinggi CUEPACS.
Semalam, Omar dilaporkan berkata, CUEPACS menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji 1.3 juta penjawat awam dari gred 1 hingga gred 54 antara RM700 hingga RM2,500.
Menggambarkan pertemuan hari ini sebagai harmoni dan ceria, Omar berkata, perbincangan dengan Najib itu bagaimanapun tidak menyentuh beberapa tuntutan CUEPACS termasuk berkaitan kenaikan gaji.
''Pertemuan ini dijalankan bagi menyampaikan maklum balas penjawat awam mengenai SBPA. Kita tidak membentangkan hasil bengkel termasuk mengenai tuntutan kenaikan gaji.
''Kerja-kerja petugas khas bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai SBPA juga belum selesai," katanya.
Dalam pada itu, Omar memberitahu, satu perhimpunan penjawat awam besar-besaran melibatkan 15,000 orang termasuk dari Sabah dan Sarawak akan diadakan di Stadium Bukit Jalil di ibu negara.
''Perhimpunan ini akan turut dihadiri Perdana Menteri dan pihak CUEPACS mencadangkan ia diadakan pada 12 Mac, perkara ini akan ditujukan kepada pihak KSN untuk pengesahan tarikh," katanya.
Sementara itu, Omar berkata, Najib pada pertemuan hari ini telah melahirkan sokongan terhadap penubuhan Kelab Pesara Kumpulan Pelaksana yang baru ditubuhkan.
''Satu perhimpunan oleh ahli kelab akan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Sri Perdana, tarikhnya belum ditentukan," katanya.

info CUEPACS

SBPA: PENGUMUMAN PENTING NAJIB 12 MAC?

Sinar Harian
23 Februari 2012 


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.
Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan
Najib Tun Razak
itu.
Omar berkata, Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi
kebaikan penjawat awam.
"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.
Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan. - Bernama

info CUEPACS

23 Februari 2012

CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700 - RM2,500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54

Berita Harian
23/2/2012


PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54
(RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap
maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan
selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan
gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun
lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar
tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap
Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah
lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa
berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji,
sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang
di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam
SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai
rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs
lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan
jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan
gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan
disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu
ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-- BERNAMA

info CUEPACS

CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700-RM2,500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54

Bernama
23/2/2012


PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini Rabu.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.



-- BERNAMA

Tuesday 14 February 2012

Mesyuarat MJA/AJK KKAMPOB Induk.

Hari      : Jumaat
Tarikh   : 17 Februari 2012
Tempat : MPOB Kluang.

Antara Usul & Cadangan dari KKAM Wilayah Tengah :-

1. Cadangan Hari Keluarga KKAM MPOB Peringkat Wilayah Tengah (Utara).

2. Usul yang dicadangkan untuk dibawa ke MBS kepada Unit Penguatkuasa:- 

2.1. Pemberian lesen menembak C & U (Carriage and Use) hendaklah diperluaskan kepada semua Pegawai       Penguatkuasa.   Pemberian lesen sekarang didapati hanya berpilih-pilih kepada pegawai-pegawai tertentu sahaja. Apakah kriteria yang diguna pakai mengikut kaedah sekarang? Selain dari itu bagaimana Unit Penguatkuasa membuat penilaian terhadap penerima lesen ini dari masa kesemasa. Adakah tahap dan ketepatan sasaran mereka meningkat atau menurun dan apakah yang dilakukan oleh Unit Penguatkuasa sekiranya skil mereka menurun? 

2.2. Pembahagian tugas terutama yang melibatkan KLP (kerja-kerja luar pejabat) harus diberikan samarata kepada semua pegawai penguatkuasa. Kaedah sekarang hanya pegawai-pegawai tertentu yang kerap melakukan kerja-kerja KLP sehingga amat dikenali dikalangan sindiket melalui penggunaan kenderaan yang sama juga orang yang sama. 

2.3. Mencadangkan agar unit penguatkuasa pro aktif dengan kerja-kerja penguatkuasaan yang dilakukan oleh pihak wilayah. Kaedah skrg unit penguatkuasa hanya menjadi pembantu dalam kerja-kerja penguatkuasaan di peringkat wilayah yang sepatutnya dikendalikan oleh Unit Penguatkuasa. 

2.4. Mencadangkan Unit Penguatkuasa membuat skuad risikan yang mana keanggotaan tidak diketahui oleh pegawai MPOB dan bergerak secara rahsia seperti yang dipraktikan oleh Unit Special Branch pihak PDRM.

3. Berkenaan dengan Pebekalan Pakaian Seragam kepada kakitangan yang layak dan penyerahan Pakaian Seragam tersebut dibuat secara seragam dimana buat masa kini Pebekalan dan Penyerahan Pakaian Seragam dilakukan sehingga Bulan Oktober 2011 dimana sepatutnya diserahkanya selewat-lewatnya pada bulan Aparil  setiap tahun dimana Kadar yang ditetapkan adalah sebanyak RM150.00 UNTUK SEPASANG BAJU LENGAN PANJANG/PENDEK DAN TERMASUK SELUAR PANJANG DAN SEPASANG KASUT KADAR DITETAPKAN RM130.00 dimana tidak mengikut pekeliling BIL6 TAHUN 2011 DIMANA KADAR YANG DITETAPKAN RM 100.00 BAGI BAJU LENGAN PANJANG /PENDEK DAN SEHELAI SELUAR PANJANG RM130.00 DAN SEPASANG KASUT KULIT RM150.00 (RUJUK KEPADA PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL 6 TAHUN 2011 BAGI PERATURAN DAN KADAR BEKALAN PAKAIAN SERAGAM..Pohon dbincangkan dan diusulkan utk dibawa ke Pra MBJ. 


4. Mencadangkan potongan Socso kepada Kakitangan Kontrak Mpob. 


5. Mencadangkan supaya Pinjaman Kenderaan dipanjangkan kepada Kakitangan Sokongan 2 bagi maksud Pinjaman Kenderaan dimana buat masa kini hanya tertumpu kepada Pegawai N22 Sahaja dan dipohon dipanjangkan kepada Pegawai N17 dan setara kelayakan Pegawai yang layak.


4. Mencadangkan supaya GCR (GANTIAN CUTI REHAT) dimana Pegawai yg telah memenuhi sehingga 150 hari dibayar 50% kepada Pegawai yang layak semasa berumur 50tahun OLEH Pengurusan MPOB  dan selebihnya dibayar semasa bersara wajib.