Tuesday 3 April 2012

Info


KESATUAN KAKITANGAN AM
LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB)
CAWANGAN WILAYAH TENGAH
d/a Wisma Sawit Lot 6, SS6, Jalan Perbandaran
47301 Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78022948 Faks: 03-78061485

NO. PENDAFTARAN : 0915
Ruj. Tuan        :          
Tarikh              :           03 April 2012

AHLI KESATUAN KAKITANGAN AM MPOB
CAWANGAN WILAYAH TENGAH

Tuan/Puan,

PERHIMPUNAN HARI PEKERJA 1 MEI 2012

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa Perhimpunan Hari Pekerja anjuran CUEPACS akan diadakan pada 1 Mei 2012 di Kuantan, Pahang dan Kesatuan Kakitangan Am MPOB Cawangan Tengah akan menghantar seramai 40 wakil bagi bagi tujuan tersebut.

3.         Perkhidmatan bas, penginapan dan makan minum akan disediakan secara percuma dan bas dijangka bertolak dari Wisma Sawit pada 29 April 2012 jam 3.00 petang. Bas akan bertolak balik ke Wisma Sawit pada 1 Mei 2012 selepas perhimpunan selesai. Cuti pelepasan pada 30 April (Isnin) akan diberikan kepada ahli yang menghadiri perhimpunan tersebut.              

4.         Sehubungan dengan itu bagi ahli Kesatuan Cawangan Wilayah Tengah yang berminat untuk menghadiri perhimpunan tersebut dipohon mendaftar dengan memberi nama, no. kad pengenalan dan saiz baju kepada Cik Zaiton Abdul Aziz (Fax: 03-78061485) dan Cik Zalifah Alias (Fax: 03-78035051) sebelum/pada 5 April 2012 (Khamis) sebelum jam 5.00 petang. Pemilihan akan dilakukan berdasarkan pendaftaran terawal.

  Bersama-sama ini dilampirkan borang berkaitan.

Sekian, segala kerjasama ahli diucapkan ribuan terima kasih demi masa depan KKAMPOB.



Yang Benar,

----------------------------
(Zaiton bt Abdul Aziz)
Penolong Setiausaha Kesatuan Kakitangan AM MPOB
Cawangan Wilayah Tengah

s.k        -           Presiden KKAMPOB Caw. Wil. Tengah



SENARAI NAMA AHLI KE PERHIMPUNAN HARI PEKERJA 1 MEI 2012
DI KUANTAN, PAHANG

BIL.
NAMA
No. KAD PENGENALAN
SAIZ BAJU





































































Sila kembalikan sebelum/pada 5 April 2012

No comments:

Post a Comment